Wednesday, October 31, 2012

semalam


semalam aku tak mampu menahan perasaan amarahku
hanya kerana kekurangan kedengaran arahan aku sahaja maka adik2ku dimarahi

dan yaa manusia punya limit untuk semua perasaan
-->sayang
-->marah
-->geram
-->kasih
-->baik

kesian adik2ku
terdengar mereka berkata
kakak: didi cepatlah. nak ka ngah marah macam semalam
didi: ok2

impak yang positif dek kerana kena marah semalam dengan aku. =)
sekurang2nya mereka tidak akan mengulangi kesalahan yang sama.

aku marah.tapi sayang. =)

Tuesday, October 30, 2012

rutin



tinggal lagi 8 hari sesi persekolahan 2012 akan berakhir.
maka tinggal lagi 8 hari lagi rutinku menghantar dan mengambil adikku akan tamat
dari rumah ke sekolah sejauh 10km.
dari simpang jalan besar untuk kesekolah sebanyak 4km.
dan jalannya juga mencabar pemandu-pemandu muda. *hehe
dimana jalannya  hanya muat untuk sebuah kereta
ya. sekolah kampung,
mak aku mengajar di sekolah sekolah yang jauh.
dan adikku turut diheret sama haha


 

oh ya.sebelah tu parit dan sebelah lagi rumah orang.
tapi kalau dah lama-lama. biasa dah laa
mula-mula 40km/h ja.. sekarang dah 60-70 km/h
alhamdulillah.tiada lagi kejadian terjun parit ka apa. 
harap kekal begitu untuk lagi 8 hari. =)

satu hari hanta adik ke sekolah untuk kem
waktu nak ambil adik nampak seorang budak ni bawa kunci moto umur 9 atau 10 tahun ja. sebab kem itu untuk pelajar darjah 3 dan darjah 4 sahaja. nampak dia menuju ke sebuah moto. masih bertongkat dan dia duduk dan start moto itu. kaki pun tak sampai kot. mula-mula ingatkan dia tolong start sahaja. tapi selepas itu, dia angkat tongkat dan bawa moto tu dengan laju ya ampun. adoii.. terkesima sebentar. 

dear parent. tolong la perhatikan anak-anak. 
tapi mungkin dah biasa kot.







Thursday, October 25, 2012

belajar



esok eiduladha
beraya bersama kakak dan adik-adik
sementara ibu bapa menunaikan haji

maka, kami akan pulang ke kampung seperti kebiasaannya
iaitu pada esok hari.
sebelum ini kami belajar supaya tidak pulang ke kampung dengan tangan kosong dari emak
so, setelah berdiskusi, maka aku dan kakak mencadangkan makanan paling senang untuk dibawa pulang iaitu nasi impit bersama kuah kacang.
ketika entri ini ditaip, nasi impit telah selamat direbus.

okay, itu intro saja.
emak tak pernah cakap bahawa nak balik kampung kena bawa apa-apa.
tapi kami belajar daripada perbuatan emak dan ayah.
kami hanya menjadi pemerhati sebelum ini.
jadi bila masanya tiba. kami fikir kami perlu meneruskan apa yang emak dan ayah buat.
tak rugi pun kan menjamu orang lain.
malah menggembirakan lagi hati mereka di kampung.  =)


si bongsu


alhamdulillah..

dia sudah 10 tahun.
dan kami sebagai kakak dan abang sentiasa menginginkan yang terbaik buat dia.
si bongsu kan

dia amatt manja,
dan yaa..
birthday dia sama dengan emak tercinta..
dan tahun ini, dia menyambutnya sendiri.

untuk mengurangkan rasa sedih dia,
maka kami kakak2 yang baik telah menganjurkan satu birthday party untuknya,,
cukuplah sekadar kawan2nya sahaja yang datang,
dan dia amat gembira.

tapi keesokanya dia demam, batuk, selesema,
antara dua, makan terlalu banyak ais krim atau merindui ibunya. 
tapi aku agak kedua-duanya.. 

tanggungjawabku berat,
tiba2 terjaga dari tidur, tengok dia samaada dia ok atauppun tidak.
dan tidurku terus tidak nyenyak.
*baru adik, kalau anak camna?*haha

untuk dia
semoga dia terus berjaya dalam hidup dan menjadi anak yang soleh untuk agama, bangsa dan negara..
amin....


Tuesday, October 16, 2012

birthday


alhamdulillah

hari ini birthday mak dan my youngest brother didi.
and yes, mymum delivered him on her birthday. best kan? =)
dan didi telah mendapat panggilan dari mak*saling duk wish birthday pulak*
mum superpower women. dah turn 50++ tapi kalau berjalan lajunyaaa
sangat sedap masak. kaunselor yang awesome, kawan yang baik. 
oh. my bestfren pun panggil mymum mak pah. *sebab selalu sangat makan nasi tomato time sekolah dulu*

mum dapat banyak hadiah-hadiah yang awesome dalam hidup pada ulang tahun kelahiran
pernah dapat kereta, anak dan tahun ini dapat sambut birthday kat Mekah. 
*oh, my future husband, i want this feeling too ;-p

semoga Allah terus memberkati Mak, dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia. 

untuk didi. semoga dapat menjadi anak yang soleh. 


Monday, October 15, 2012

housewife


im single and not married yet  :-)

tapi sekarang ini kena menguruskan tiga orang adik.(f5,f4 & darjah4)
tiada masalah sangat untuk yang dah besar. tapi yang kecil itu.... biasalah... :-)

oh, aku kena  menguruskan mereka (sepenuhnya) selama 46 hari
*musim haji kan sekarang  :-)

bangun pagi kena awal. tiada lagi terlewat bangun kalau tak seisi rumah terlepas subuh dan tidak ke sekolah. 
masak sarapan* nasib baik kakak ada membantu
lunch dan dinner aku kena masak
kemas rumah, baju, sidai baju, ambil dan hanta adik-adik

aku x merungut. 
aku cuba selami rutin seorang housewife.
dear husband, kadang2 tu tolong la sama wife anda. 

*motif entri: sangat respect seorang housewife.
 tapi wanita yang bekerja juga lagi2 respect. 2 in 1 job kot. :-)

Monday, October 8, 2012

situasi 2


ahad. 7 okt. hanta makanan dekat adik d penang
dan setibanya di rumah, ada tetamu.

me: assalamualaikum(*ya, dengan kuat)

seisi rumah: waalaikumsalam.

mak: haa. kenal tak sapa ni?

me: ermm.. jap nak pikiaq.

tetamu: tak kenal saja laa..

.
.
.
.

me: haaa ustazah mahani kan?? hehehe

selepas itu bersalaman lah.

setelah sepuluh tahun. itu kali pertama aku berjumpa.

situasi 1



ngah: aik, ayah g mana tadi? ingat g market(pasar) 

ayah: ayah sembang dengan pakcik bakar tadi. nak beli apa kat market?

ngah: ntah. mak suh beli ikan isi ja, suh masak asam. beli tu je laa

ayah: habeh tu ngah nak makan apa? ngah bukan makan ikan isi kan?

..........
.........
terkedu kejap. ayah yang x masak itu pun tahu apa yang anak dia suka..
........
........

ngah: xpa la ayah. ayam ada lagi. 



**setelah di paraphrasekan

ayah dah start cuti sekarang.