Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Sunday, November 11, 2012

belajar 2



semalam ada pasar malam dikawasan rumah, pergi dengan adik bongsu, biasalah bila dah pergi pasar malam  makanan tetap menjadi target utama. 
aku jadi sangat dahaga. jadi aku belilah air sebungkus dan nak minum ja sambil berjalan. 
*sangat xsopan.

tetiba teringat peristiwa pergi ke pasar malam dengan mak dan ayah. ketika itu mak pun sangat dahaga tapi mak x minum pun sebab mak takut kalau-kalau ada anak murid mak yang nampak. nanti mereka akan cakap, cikgu ajar nak minum duduk. tapi cikgu kat pasar malam pun minum sambil jalan jugak. =) so mak tahan je la. minum dalam kereta. hehe. dan aku belajar dari situ. pengalaman adalah cikgu terbaik kan? 
secara tidak langsung juga mengajar aku untuk lebih sopan. ini bukan hipokrit atau apa. tapi bagi aku sebagai satu learning process.  

=)


Friday, November 9, 2012

terima kasih


aku suka orang yang bila diberi pertolongan diucap terima kasih. =)
sejuk hati kan.
sama jugak bila memandu, bila kita memberi laluan dekat orang lain. dan dia 'angkatlampu' or angkat tangan sebagai simbol terima kasih, aku akan memandu dengan riang. tetapi kalau dah diberi laluan apa pun tak buat membuatkan aku terfikir, bukan susah pun nak angkat tangan tu. emmmm.. tak kisahlah muda, tua, perempuan. lelaki, melayu, cina, india sekalipun. 
aku rasa nak jenuh iklan tentnag terima kasih ini dihebahkan di media elektronik. yaa aku suka lagu tu.. 


 
yaa.. lagu ini. =) 
*sumber: youtube

hari ini aku menyaksikan satu peristiwa di salah sebuah bank. ada seorang uncle bangsa cina. bila dekat bank kan akan ada seorang pekerja yang duduk dekat kaunter dan tolong manusia-manusia yang datang. yes. dia tolong aku jugak sebab aku pun first time pergi bank itu di cawangan itu. uncle ni setelah selesai semua urusan dia. dia mengucapkan terima kasih kepada pegawai yang tolong setelkan urusan dia. dekat pekerja tadi. dekat pengawal. dan yaaa aku tertarik dengan momen itu. aku juga tengok muka-muka pekerja bank itu dah tersenyum. =)
tak susah pun nak ucapakn terima kasih, 
mari mengamalkan. 
ingatan untuk diri aku juga. =)





Tuesday, October 30, 2012

rutin



tinggal lagi 8 hari sesi persekolahan 2012 akan berakhir.
maka tinggal lagi 8 hari lagi rutinku menghantar dan mengambil adikku akan tamat
dari rumah ke sekolah sejauh 10km.
dari simpang jalan besar untuk kesekolah sebanyak 4km.
dan jalannya juga mencabar pemandu-pemandu muda. *hehe
dimana jalannya  hanya muat untuk sebuah kereta
ya. sekolah kampung,
mak aku mengajar di sekolah sekolah yang jauh.
dan adikku turut diheret sama haha


 

oh ya.sebelah tu parit dan sebelah lagi rumah orang.
tapi kalau dah lama-lama. biasa dah laa
mula-mula 40km/h ja.. sekarang dah 60-70 km/h
alhamdulillah.tiada lagi kejadian terjun parit ka apa. 
harap kekal begitu untuk lagi 8 hari. =)

satu hari hanta adik ke sekolah untuk kem
waktu nak ambil adik nampak seorang budak ni bawa kunci moto umur 9 atau 10 tahun ja. sebab kem itu untuk pelajar darjah 3 dan darjah 4 sahaja. nampak dia menuju ke sebuah moto. masih bertongkat dan dia duduk dan start moto itu. kaki pun tak sampai kot. mula-mula ingatkan dia tolong start sahaja. tapi selepas itu, dia angkat tongkat dan bawa moto tu dengan laju ya ampun. adoii.. terkesima sebentar. 

dear parent. tolong la perhatikan anak-anak. 
tapi mungkin dah biasa kot.







Monday, October 15, 2012

housewife


im single and not married yet  :-)

tapi sekarang ini kena menguruskan tiga orang adik.(f5,f4 & darjah4)
tiada masalah sangat untuk yang dah besar. tapi yang kecil itu.... biasalah... :-)

oh, aku kena  menguruskan mereka (sepenuhnya) selama 46 hari
*musim haji kan sekarang  :-)

bangun pagi kena awal. tiada lagi terlewat bangun kalau tak seisi rumah terlepas subuh dan tidak ke sekolah. 
masak sarapan* nasib baik kakak ada membantu
lunch dan dinner aku kena masak
kemas rumah, baju, sidai baju, ambil dan hanta adik-adik

aku x merungut. 
aku cuba selami rutin seorang housewife.
dear husband, kadang2 tu tolong la sama wife anda. 

*motif entri: sangat respect seorang housewife.
 tapi wanita yang bekerja juga lagi2 respect. 2 in 1 job kot. :-)

Sunday, May 27, 2012

s.t.r.o.n.g



people might see me as a strong /kental/ outspoken /hardhearted



tapi.....




no matter how strong a girl is, she still has a weak point....



is really true...



still need someone to at my side no matter what happen...


=)

Wednesday, May 16, 2012

Alhamdulillah

assalamualaikum w.b.t

hari ini adalah hari mengqada tido *konon nya lah*

alhamdulillah.. telah berakhir inovasi@umt..

2hari berturut-turut

hari yang penat, lenguh kaki. 

dapat timba pengalaman present depan lecturer different department

yang mana lagi mencabar

sangat tidak mengharapkan apa-apa dari kemenangan or layak ke next level


Add caption
 hanyalah bermula dengan suka-suka, atas ajakan kapten pasukan..

dengan niat untuk menimba ilmu dan mendapatkan sijil *nak penuhkan cv* hehe


   

tapi aturan Allah itu lebih baik nampaknya..

bayangkan....

sebelum ke pre-nric ini. kena interview.. 

and kami semua hanya mendapat tahu pasal intervew ini pada pukul 4 petang. dan interview akan dilakukan pada pukul 8pagi. =))   ha ha ha

rasa macam tak lepas jer untuk ke pre-nric ini.. tapi alhamdulillah.. 
layak..

dan nyaris juga menarik diri kerana tak rasa kekuatan projek ini untuk dipertandingkan. dan atas rasa tanggungjawab menjaga nama supervisor *takut xmampu menjaga nama baik*

tapi. sv sangat lah sporting. sangat rilek. dia suruh saja masuk dan buat rilek. hehe.thank you Dr...


untuk pre-nric ini tidaklah well-prepared sangat sebab mula2 hanya suka2 masuk...=)

kalau team lain sibuk menyediakan bermacam bahan. team ini hanya buat pamplet sahaja.. hehe

alhamdulillah again.. atas nama supervisor yang sama,, team lagi satu dapat gold award.. 

tahniah kepada mereka...

dan untuk team ini.. xtau award apa pun.. tapi layak untuk ke USM nanti.. 


alhamdulillah..

unexpected.

believe things happened for a reason.. 

peace be upon you...

Tuesday, April 24, 2012

copy paste

copypaste dari wall seorang teman

adikku, sudah ku beritahu jangan...
berkali ku ingatkan dirimu jauhinya...

kau hampiri jua..
kau ingin merasainya...

nikmat dunia yang sementara itu...
kau turunkan darjatmu...

kini apabila kau gagal...
pada pencipta juga kau merintih...

kau merayu pada penciptaMu...
sendu tangismu kedengaran tiap kali kau sujud padaNya...
mengadu bahawa kamu telah gagal di lorong itu...
lorong yang tidak sepatutnya kau masuki...

sesungguhnya ALLAH itu amat mengasihi hambaNya...
moga kau diuluh cahaya...
cahaya keinsafan...

pulanglah adikku...
mari bersamaku mencari keredhaanNya...

-Aku nak kau happy macam aku-

*sweet kan kalau abang post kat wall adik dia*

dan aku hanya ada teh one and only kakak yang sangat sayang kat aku seluruh jiwa dan raga..

and what can i say..

i love you more sis...





*semoga bahagia menjadi milikku dan mu sahabat*

exhausted

setelah betungkus lumus,
hari ini. badan memberi signal kepada otak supaya berehat
perlu berehat, 
dah demam,
selesema
tak larat dah,
ada lab today,
teknikal report perlu disiapkan

dugaan.

Monday, April 2, 2012

newest book

assalamualaikum..


habit membaca amatlah menebal.


genre buku tertakluk pada terma dan syarat yea.. hehe..


currently reading this book

*google*

tapi buku ini pinjaman dari seorang sahabat.


akan berusaha memilikinya =)


really interesting.


selak-selak dan terus selak


tiba-tiba terbaca..


'Hidup tanpa cinta ialah hidup tanpa cita-cita, Cinta yang terbaik ialah cinta yang bertaliankan cita-cita'

and yes. currently sedang menyukai seseorang(dalam diam,harapnya)


dan bila terbaca qoute itu,


lantas. buku itu ditutup dan diselak notes  fizik pengkomputeran.


ada test pada rabu ni.


okbai. nak solat pastu study dulu.=)

Saturday, March 31, 2012

masalah

aku tersangatlah letih untuk weekend ni..


but unfortunately still tak boleh melelapkan mata dengan awal..


aku perlu rehat.. minggu ni last before midterm break.


test ada. 16 days more to poster presentation..


and aku baru buat background untuk itu poster.


sudah malas mahu memikirkan masalah sekeliling,
*lantakhampalah*


aku sangat bahagia sekarang.quater of the kebahagiaan kredit to you.. (sambil senyum) haha


80+- ja lagi nak berada ni disini. INSYAALLAH..


berharap hari-hari mendatang lebih baik dan lebih baih.




**nak berusaha melelapkan mata**





Sunday, March 18, 2012

makanmakanmakan

treat myself by eating, means destroy my effort of diet.. 


diet.. yes im working hard to diet (but not really hard la)


yongtaufu.kueyteowgreng.keropoklekor,ayamgoreng.


pasar malam is really need to be avoided.


tapi xmampu menahan kaki dari menjejak tapak pasar malam


**marah pada diri sendiri**


jaga makan wahai wahida







Friday, March 9, 2012

deep thinking





terasa nak sambung study.


research or coursework??


ermm..


when?? where? 


sampai masa akan difikirkan.



Wednesday, February 22, 2012

kekasih,suami.





Terbaca dekat wall teman sebilik,





‘Carilah suami untuk dijadikan kekasih,bukan mencari kekasih untuk dijadikan suami’



Erm. =)











Buat dia. Thank you.anda membuka mata saya

Sunday, January 15, 2012

from my thought

salam.



Menulis sambil mendengar perfectlove-lutricia mcneal

I can’t tell a lie. But I’m also can’t face the truth.

Macam quote dalam 5T5B, every time we tell a lie, the thing we fear grows stronger.

Dah 2 tahun lebih hidup kat bumi Terengganu ini.

Ya. Aku bersyukur.

Sometimes aku rasa aku ni seorang yang straight to the point la konon. Tapi tak semua benda or bukan dengan semua orang boleh direct cakap macam tu je. Heartless??  

Banyak sangat ragam,perangai,sikap dan seangkatannya yang telah aku belajar sepanjang menjadi student kat sini. Bukan setakat menuntut ilmu di kelas tapi belajar tentang hidup juga.
Sepanjang ni juga, aku belajar banyak tentang ‘relationship between men and women’. Kejadian-kejadian yang menimpa orang-orang disekeliling aku membuatkan aku lebih extra berhati-hati. WOW… this is life. Dulu aku ingat benda-benda yang berlaku dalam tv tu tak da la dalam realiti, tapi bila berlaku dekat orang-orang tersayang…… baru lah tahu. Sangatlah tidak wajar kalau aku membuat persepsi golongan itu tidak bertanggungjawab. Bukan semua. Tapi kerana SEGELINTIR itulah yang membuatkan persepsi itu wujud. Sangat tak faham.susah nak faham kenapa mereka berperangai seperti itu. Mengapa perlu berbohong. Mengapa perlu wujud orang ketiga, mengapa masih bersama dengan yang lain jika mahu yang lain. Tak ikhlaskah? Mungkin orang tertanya-tanya kenapa aku bersikap prejudis macam ni. Aku tak tau la orang lain, tapi bila kena dekat siblings sendiri, korang boleh duk diam ke? Bila siblings sendiri dipermainkan. Tapi Alhamdulillah, dia ok dan semakin ok. mungkin orang akan berkata aku bersikap pilih kasih terhadap gender. Ini bukan kisah pilih kasih atau apa. Ini cuma secebis pengalaman hidup.

Pada aku, sesuatu relationship itu tidak ada ending lain melainkan marriage. Jika sekadar ingin bersuka ria, menunjuk-nunjuk, atau test market la konon. Lupakan je la. Terpulanglah kepada individu yang berfikiran remaja hanya sekali la konon, jadi bila lagi nak buat benda-benda macam ni. Tapi kerana remaja hanya sekali inilah sanggupkah kita hidup tanpa mengikut perintahNya.

Kadang-kadang aku bersembang dengan rumate, and terkeluar la falsafah masing-masing. Mungkin bila zaman sekolah bila ada orang approach, akan rasa hot la konon kan. Bila bila masuk dekad kedua dalam hidup, ini bukan permainan. There is no rehearsal in life. So kena play well. Mula kena serius dalam semua benda. Mula kena berfikir secara mendalam. Kena fikir baik buruk sebelum bertindak. Even kena fikir soal masa depan(dari pelbagai sudut). Mungkin kerana im going to be 22 years old tahun ni. Orang boleh kata aku cenge=garang=sombong=and whatever la. Terpulang. Get to know me first. Only then can talk about me.

*terlebih mood bila xlarat nak study dah**

Ditulis dari 12.01.12.

Thursday, December 22, 2011

perempuan dan kereta

'perempuan ini reti bawa kereta ja, jadi papa apa pun tak tau buat'

aku adalah salah sorang yang amat anti dengan statement ini..
tapii......
insiden dua hari lepas membuatkan aku tersentak dan terpaksa la admit statement di atas.
aku pandai buh angin tayar *riak* isi air. cek minyak hitam. and etc.
tapi.
akibat kecuaian atau keghairahan aku. telah menyebabkan aku terlupa menutup lampu kereta.....
*rasanaktamparmuka*
kerana itu, mucullah heroin ku.. akak master bernama noorlee..
oleh kerana dia sudah berada berdekatan dengan tempt kereta ku,
maka kawan2nya menolong menghidupkan kereta yang tak mau hidup itu.
akhirnya... dah ok n seronok..

kenapa tak minta tolong coursemate lelaki??
sebab.. the main reason.. MALU!! haha..
kawan aku cakap aku ni malu.segan tak betempat.
ego?? haha.. i dont think so.
sebab tak rapat sangat pun.
tak kan lah tiba2 bila susah baru nak contact bagai.
reason lain.. MALU JUGAK.
yang tu ja reason dia benornya.

kenapa kak noorlee tu.
aku rasa senang dengan dia ja.
selalu sangat minta tolong dia.
xdak perasaan malu dah kat dia.
tapi dia nk habeh dah master dia.
bagaimanalah hidup ku tanpa dia disisi..=(

and now. im safely arrived home. untuk cuti study week ni. amek  mood nak study.
tq sp bumi. kerana bawa saya dengan selamat.

*tiada sebarang gambar. kerana aku pakai hp mahal sangat*sekian

Sunday, December 11, 2011

....



dugaan setiap orang tak sama


mungkin sesetengah nya pada awalnya


sesetengah lagi mungkin pada pertengahannya


dan ada juga pada akhir nya


sesungguhnya, setiap dugaan itu mematangkan kita.


' Allah tidak akan memberatkan hambanya dengan dugaan yang tidak mampu ditanggung oleh hambanya'


think positive and move forward.


setiap permulaan pasti ada pengakhiran.


jangan pernah merungut (benda tu yang selalu buat)



forgive and  forget . only that you will be happy.



=) =) =)


(*tinggai lagi sebulan untuk menghabiskan first semester  untuk final year, semoga Allah permudahkan segalanya)











Monday, October 24, 2011

falling down

Im falling down…..

Tak tahu sejak bila kenapa dan bagaimana

Perlu mencari kekuatan untuk kembali seperti dulu

Adakah peristiwa lampau masih menjadi igauan..

Baru sedar betapa susah untuk melupai segala yang berlaku…

Perlu cepat untuk wake up..

Perlu mencari di mana catalyst nya

Supaya proses nya lebih cepat daripada biasa..

Aku perlu cepat atau terlepas..

Kalau terlepas aku menyesal..

Perlu bangun dan terus berlari

Demi menggapai itu..

Demi dua wajah yang amat kukasihi..

Demi amanah yang telah dipertanggungjawabkan..

Demi segalanya..

Yang lepas itu sejarah yang mana mungkin bisa berubah..

Cuma bisa dijadikan pengajaran agar tidak berulang lagi..