Showing posts with label belajar. Show all posts
Showing posts with label belajar. Show all posts

Friday, December 14, 2012

our big day




 salam sejahtera ke atas kamu semua..
entri agaknya dah basi. disebabkan oleh kemalasan diri ini untuk menaip. basi x basi la.. aku tetap mau cerita tentang our big day.. 
tiga tahun pengajian telah berakhir secara rasmi dengan berlangsungnya majlis graduasi. cehh sangat skema..


 

dan yaa pertama kali bergraduasi(*graduasi di sekolah dan tadika tidak diambil kira =p) dan parent tidak dapat hadir, kerana reason yang sangat konkrit. =) 

here we are, tiga tahun telah mendewasakan kami.  ini semua hanyalah pra-graduasi sahaja. 
walau hujan tetap diredahi 













where are we when the next 10 years?

sungguh, perasaan rindu kepada mereka sudah dirasai setelah selesai sesi pengajian pada julai yang lalu, tapi kesibukan diri mengurus segalanya membuatkan tidak mampu terfikir dan memikirkan. =p haha

the real day.
sesi kami pada hari kedua pagi. berdebar sungguh. takut terjelepok, mortar board terjatuh ka. sebab ada peringatan dari dia agar klipkan mortar board pada tudung, kalau tak jatuh nanti.  
 
dia sudah jubah merah. me? one day insyaAllah =)
kami menjadi course ketiga pada pagi itu. 
tengah line up, b4 entering the hall
dalam dewan 
selesai udah
dia datang jugak during my session =)
mereka antara reason aku kekal enjoy during my final year. =) 
mereka antara yang sanggup bersabar dan melayan kerenah aku sepanjang tiga tahun in.. thanks girls.. 

 
dan syida hilang sudah... 


tamat sudah tiga tahun. tutup buku lama. buka buku baru. =)
May Allah bless all of us =)

 











Sunday, November 11, 2012

belajar 2



semalam ada pasar malam dikawasan rumah, pergi dengan adik bongsu, biasalah bila dah pergi pasar malam  makanan tetap menjadi target utama. 
aku jadi sangat dahaga. jadi aku belilah air sebungkus dan nak minum ja sambil berjalan. 
*sangat xsopan.

tetiba teringat peristiwa pergi ke pasar malam dengan mak dan ayah. ketika itu mak pun sangat dahaga tapi mak x minum pun sebab mak takut kalau-kalau ada anak murid mak yang nampak. nanti mereka akan cakap, cikgu ajar nak minum duduk. tapi cikgu kat pasar malam pun minum sambil jalan jugak. =) so mak tahan je la. minum dalam kereta. hehe. dan aku belajar dari situ. pengalaman adalah cikgu terbaik kan? 
secara tidak langsung juga mengajar aku untuk lebih sopan. ini bukan hipokrit atau apa. tapi bagi aku sebagai satu learning process.  

=)


Friday, November 9, 2012

terima kasih


aku suka orang yang bila diberi pertolongan diucap terima kasih. =)
sejuk hati kan.
sama jugak bila memandu, bila kita memberi laluan dekat orang lain. dan dia 'angkatlampu' or angkat tangan sebagai simbol terima kasih, aku akan memandu dengan riang. tetapi kalau dah diberi laluan apa pun tak buat membuatkan aku terfikir, bukan susah pun nak angkat tangan tu. emmmm.. tak kisahlah muda, tua, perempuan. lelaki, melayu, cina, india sekalipun. 
aku rasa nak jenuh iklan tentnag terima kasih ini dihebahkan di media elektronik. yaa aku suka lagu tu.. 


 
yaa.. lagu ini. =) 
*sumber: youtube

hari ini aku menyaksikan satu peristiwa di salah sebuah bank. ada seorang uncle bangsa cina. bila dekat bank kan akan ada seorang pekerja yang duduk dekat kaunter dan tolong manusia-manusia yang datang. yes. dia tolong aku jugak sebab aku pun first time pergi bank itu di cawangan itu. uncle ni setelah selesai semua urusan dia. dia mengucapkan terima kasih kepada pegawai yang tolong setelkan urusan dia. dekat pekerja tadi. dekat pengawal. dan yaaa aku tertarik dengan momen itu. aku juga tengok muka-muka pekerja bank itu dah tersenyum. =)
tak susah pun nak ucapakn terima kasih, 
mari mengamalkan. 
ingatan untuk diri aku juga. =)