Thursday, October 25, 2012

belajar



esok eiduladha
beraya bersama kakak dan adik-adik
sementara ibu bapa menunaikan haji

maka, kami akan pulang ke kampung seperti kebiasaannya
iaitu pada esok hari.
sebelum ini kami belajar supaya tidak pulang ke kampung dengan tangan kosong dari emak
so, setelah berdiskusi, maka aku dan kakak mencadangkan makanan paling senang untuk dibawa pulang iaitu nasi impit bersama kuah kacang.
ketika entri ini ditaip, nasi impit telah selamat direbus.

okay, itu intro saja.
emak tak pernah cakap bahawa nak balik kampung kena bawa apa-apa.
tapi kami belajar daripada perbuatan emak dan ayah.
kami hanya menjadi pemerhati sebelum ini.
jadi bila masanya tiba. kami fikir kami perlu meneruskan apa yang emak dan ayah buat.
tak rugi pun kan menjamu orang lain.
malah menggembirakan lagi hati mereka di kampung.  =)


No comments:

Post a Comment