Showing posts with label mysoul. Show all posts
Showing posts with label mysoul. Show all posts

Wednesday, October 31, 2012

semalam


semalam aku tak mampu menahan perasaan amarahku
hanya kerana kekurangan kedengaran arahan aku sahaja maka adik2ku dimarahi

dan yaa manusia punya limit untuk semua perasaan
-->sayang
-->marah
-->geram
-->kasih
-->baik

kesian adik2ku
terdengar mereka berkata
kakak: didi cepatlah. nak ka ngah marah macam semalam
didi: ok2

impak yang positif dek kerana kena marah semalam dengan aku. =)
sekurang2nya mereka tidak akan mengulangi kesalahan yang sama.

aku marah.tapi sayang. =)

Thursday, October 25, 2012

belajar



esok eiduladha
beraya bersama kakak dan adik-adik
sementara ibu bapa menunaikan haji

maka, kami akan pulang ke kampung seperti kebiasaannya
iaitu pada esok hari.
sebelum ini kami belajar supaya tidak pulang ke kampung dengan tangan kosong dari emak
so, setelah berdiskusi, maka aku dan kakak mencadangkan makanan paling senang untuk dibawa pulang iaitu nasi impit bersama kuah kacang.
ketika entri ini ditaip, nasi impit telah selamat direbus.

okay, itu intro saja.
emak tak pernah cakap bahawa nak balik kampung kena bawa apa-apa.
tapi kami belajar daripada perbuatan emak dan ayah.
kami hanya menjadi pemerhati sebelum ini.
jadi bila masanya tiba. kami fikir kami perlu meneruskan apa yang emak dan ayah buat.
tak rugi pun kan menjamu orang lain.
malah menggembirakan lagi hati mereka di kampung.  =)


si bongsu


alhamdulillah..

dia sudah 10 tahun.
dan kami sebagai kakak dan abang sentiasa menginginkan yang terbaik buat dia.
si bongsu kan

dia amatt manja,
dan yaa..
birthday dia sama dengan emak tercinta..
dan tahun ini, dia menyambutnya sendiri.

untuk mengurangkan rasa sedih dia,
maka kami kakak2 yang baik telah menganjurkan satu birthday party untuknya,,
cukuplah sekadar kawan2nya sahaja yang datang,
dan dia amat gembira.

tapi keesokanya dia demam, batuk, selesema,
antara dua, makan terlalu banyak ais krim atau merindui ibunya. 
tapi aku agak kedua-duanya.. 

tanggungjawabku berat,
tiba2 terjaga dari tidur, tengok dia samaada dia ok atauppun tidak.
dan tidurku terus tidak nyenyak.
*baru adik, kalau anak camna?*haha

untuk dia
semoga dia terus berjaya dalam hidup dan menjadi anak yang soleh untuk agama, bangsa dan negara..
amin....


Tuesday, October 16, 2012

birthday


alhamdulillah

hari ini birthday mak dan my youngest brother didi.
and yes, mymum delivered him on her birthday. best kan? =)
dan didi telah mendapat panggilan dari mak*saling duk wish birthday pulak*
mum superpower women. dah turn 50++ tapi kalau berjalan lajunyaaa
sangat sedap masak. kaunselor yang awesome, kawan yang baik. 
oh. my bestfren pun panggil mymum mak pah. *sebab selalu sangat makan nasi tomato time sekolah dulu*

mum dapat banyak hadiah-hadiah yang awesome dalam hidup pada ulang tahun kelahiran
pernah dapat kereta, anak dan tahun ini dapat sambut birthday kat Mekah. 
*oh, my future husband, i want this feeling too ;-p

semoga Allah terus memberkati Mak, dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia. 

untuk didi. semoga dapat menjadi anak yang soleh. 


Monday, October 15, 2012

housewife


im single and not married yet  :-)

tapi sekarang ini kena menguruskan tiga orang adik.(f5,f4 & darjah4)
tiada masalah sangat untuk yang dah besar. tapi yang kecil itu.... biasalah... :-)

oh, aku kena  menguruskan mereka (sepenuhnya) selama 46 hari
*musim haji kan sekarang  :-)

bangun pagi kena awal. tiada lagi terlewat bangun kalau tak seisi rumah terlepas subuh dan tidak ke sekolah. 
masak sarapan* nasib baik kakak ada membantu
lunch dan dinner aku kena masak
kemas rumah, baju, sidai baju, ambil dan hanta adik-adik

aku x merungut. 
aku cuba selami rutin seorang housewife.
dear husband, kadang2 tu tolong la sama wife anda. 

*motif entri: sangat respect seorang housewife.
 tapi wanita yang bekerja juga lagi2 respect. 2 in 1 job kot. :-)

Monday, October 8, 2012

situasi 1



ngah: aik, ayah g mana tadi? ingat g market(pasar) 

ayah: ayah sembang dengan pakcik bakar tadi. nak beli apa kat market?

ngah: ntah. mak suh beli ikan isi ja, suh masak asam. beli tu je laa

ayah: habeh tu ngah nak makan apa? ngah bukan makan ikan isi kan?

..........
.........
terkedu kejap. ayah yang x masak itu pun tahu apa yang anak dia suka..
........
........

ngah: xpa la ayah. ayam ada lagi. 



**setelah di paraphrasekan

ayah dah start cuti sekarang. 


Wednesday, September 26, 2012

past & future



tiga tahun yang dah berlalu, tidak akan sama dengan tiga tahun yang mendatang


dan ya, tiga tahun dulu, aku baru menjejakkan kaki sebagai pelajar universiti.
dan kini. sudah ke akhirnya.
dan tiga tahun yang akan datang. aku tak kata aku bukan pelajar lagi. mungkin aku akan sambung dan mungkin juga tidak. bukan aku tidak mahu menyambung, tapi naluri hati mengatakan tidak untuk masa sekarang.

hari ini ulang tahun kelahiran my only best and supportive kakak yang ke 24. happy to you la Long. bila mau kawen? cant wait to make cute doorgift to you.haha. masih memikirkan hadiah buat dia. mysis tak pernah fail untuk bagi hadiah setiap kali hari lahirku. =)



tiga tahun lalu aku umur 19 tahun baru. proses peralihan dari teen ke ty. haha
banyak aku belajar.tentang hidup juga. dan aku akan terus belajar.

aku berharap,hari-hari mendatang akan memberikan lebih keberkatan dan kejayaan.

ameen.



Friday, September 14, 2012

kurma ayam vs nugget goreng



dari semalam teringin nak makan kurma telur.

maka aku panjangkan ideaku kepada mak.(walhal aku gak yang masak =))

tapi memandangkan petang kelmarin dah buat burger bersama telur, maka telur terpaksa dipinggirkan. =|

kurma ayam menjadi pengganti. =)))

disebabkan hari ni jumaat. maka parent dan adik2 akan balik awal for lunch

agak serabut memasak today. sebab gatai p tengok mhi sampai terlelap. =(

tapi by 12pm. kurma ayam sudah sempurna dimasak =))))

muncul la si youngest ni..

 

dia balik dan nampak ayam masak kurma. then terus dia suruh gorengkan nugget untuk dia..*penat laa masak

suruh la dia keluarkan nugget dan panaskan kuali. tapii.. dia p rasa dulu kurma tuh. then 

' ngah, tak payah goreng la nugget tu'

and cerita ini berakhir dengan 3 pinggan nasi..

dia sangat la memilih untuk makan. dan akan makan banyak bila sedap sahaja..



conclusion: aku masak sedap hari ini. haha



Tuesday, August 21, 2012

R.A.Y.A

alhamdulillah
berjaya menjalani ibadah puasa ramadan 2012
*berapa hari tinggal. itu rahsia=)

raya 2012 sudah memasuki hari ketiga
alhamdulillah, 
sekali lagi dapat meraikan hari lebaran bersama ahli keluarga tercinta










itu sahaja.

Monday, April 30, 2012

pesanan dari bonda





salam sayang, 
happy b'day.
moga2 d'percepatkan dengan kerjaya t'pilih,
d'permudahkan urusan harian, 
diberi kesabaran yang melangit, 
d'br keberkatan hidup dan d'temukan jodoh dengan orang b'iman, amal.
amin,,






tggu kad wangi dari saya...*winkwink* 

entry khas diri




Hari ini cerita khas buat diri,

Alhamdulillah genap sudah 22 tahun menghirup udara segar di bumi Allah ini,

Sudah 22 tahun menggali pengalaman hidup,

Alhamdulillah.

A big, big thank you untuk kak sue,kak norlee,intan, dayah and izzah atas kejutan yang berlaku.

Terkejut jugak.

Terima kasih atas kek yang comel itu.

Terima kasih juga di atas hadiah-hadiah itu.

Kalian sweet.. haha

Thank you….