Friday, December 14, 2012

our big day




 salam sejahtera ke atas kamu semua..
entri agaknya dah basi. disebabkan oleh kemalasan diri ini untuk menaip. basi x basi la.. aku tetap mau cerita tentang our big day.. 
tiga tahun pengajian telah berakhir secara rasmi dengan berlangsungnya majlis graduasi. cehh sangat skema..


 

dan yaa pertama kali bergraduasi(*graduasi di sekolah dan tadika tidak diambil kira =p) dan parent tidak dapat hadir, kerana reason yang sangat konkrit. =) 

here we are, tiga tahun telah mendewasakan kami.  ini semua hanyalah pra-graduasi sahaja. 
walau hujan tetap diredahi 













where are we when the next 10 years?

sungguh, perasaan rindu kepada mereka sudah dirasai setelah selesai sesi pengajian pada julai yang lalu, tapi kesibukan diri mengurus segalanya membuatkan tidak mampu terfikir dan memikirkan. =p haha

the real day.
sesi kami pada hari kedua pagi. berdebar sungguh. takut terjelepok, mortar board terjatuh ka. sebab ada peringatan dari dia agar klipkan mortar board pada tudung, kalau tak jatuh nanti.  
 
dia sudah jubah merah. me? one day insyaAllah =)
kami menjadi course ketiga pada pagi itu. 
tengah line up, b4 entering the hall
dalam dewan 
selesai udah
dia datang jugak during my session =)
mereka antara reason aku kekal enjoy during my final year. =) 
mereka antara yang sanggup bersabar dan melayan kerenah aku sepanjang tiga tahun in.. thanks girls.. 

 
dan syida hilang sudah... 


tamat sudah tiga tahun. tutup buku lama. buka buku baru. =)
May Allah bless all of us =)

 











Sunday, November 11, 2012

belajar 2



semalam ada pasar malam dikawasan rumah, pergi dengan adik bongsu, biasalah bila dah pergi pasar malam  makanan tetap menjadi target utama. 
aku jadi sangat dahaga. jadi aku belilah air sebungkus dan nak minum ja sambil berjalan. 
*sangat xsopan.

tetiba teringat peristiwa pergi ke pasar malam dengan mak dan ayah. ketika itu mak pun sangat dahaga tapi mak x minum pun sebab mak takut kalau-kalau ada anak murid mak yang nampak. nanti mereka akan cakap, cikgu ajar nak minum duduk. tapi cikgu kat pasar malam pun minum sambil jalan jugak. =) so mak tahan je la. minum dalam kereta. hehe. dan aku belajar dari situ. pengalaman adalah cikgu terbaik kan? 
secara tidak langsung juga mengajar aku untuk lebih sopan. ini bukan hipokrit atau apa. tapi bagi aku sebagai satu learning process.  

=)


Friday, November 9, 2012

terima kasih


aku suka orang yang bila diberi pertolongan diucap terima kasih. =)
sejuk hati kan.
sama jugak bila memandu, bila kita memberi laluan dekat orang lain. dan dia 'angkatlampu' or angkat tangan sebagai simbol terima kasih, aku akan memandu dengan riang. tetapi kalau dah diberi laluan apa pun tak buat membuatkan aku terfikir, bukan susah pun nak angkat tangan tu. emmmm.. tak kisahlah muda, tua, perempuan. lelaki, melayu, cina, india sekalipun. 
aku rasa nak jenuh iklan tentnag terima kasih ini dihebahkan di media elektronik. yaa aku suka lagu tu.. 


 
yaa.. lagu ini. =) 
*sumber: youtube

hari ini aku menyaksikan satu peristiwa di salah sebuah bank. ada seorang uncle bangsa cina. bila dekat bank kan akan ada seorang pekerja yang duduk dekat kaunter dan tolong manusia-manusia yang datang. yes. dia tolong aku jugak sebab aku pun first time pergi bank itu di cawangan itu. uncle ni setelah selesai semua urusan dia. dia mengucapkan terima kasih kepada pegawai yang tolong setelkan urusan dia. dekat pekerja tadi. dekat pengawal. dan yaaa aku tertarik dengan momen itu. aku juga tengok muka-muka pekerja bank itu dah tersenyum. =)
tak susah pun nak ucapakn terima kasih, 
mari mengamalkan. 
ingatan untuk diri aku juga. =)





Wednesday, October 31, 2012

semalam


semalam aku tak mampu menahan perasaan amarahku
hanya kerana kekurangan kedengaran arahan aku sahaja maka adik2ku dimarahi

dan yaa manusia punya limit untuk semua perasaan
-->sayang
-->marah
-->geram
-->kasih
-->baik

kesian adik2ku
terdengar mereka berkata
kakak: didi cepatlah. nak ka ngah marah macam semalam
didi: ok2

impak yang positif dek kerana kena marah semalam dengan aku. =)
sekurang2nya mereka tidak akan mengulangi kesalahan yang sama.

aku marah.tapi sayang. =)

Tuesday, October 30, 2012

rutin



tinggal lagi 8 hari sesi persekolahan 2012 akan berakhir.
maka tinggal lagi 8 hari lagi rutinku menghantar dan mengambil adikku akan tamat
dari rumah ke sekolah sejauh 10km.
dari simpang jalan besar untuk kesekolah sebanyak 4km.
dan jalannya juga mencabar pemandu-pemandu muda. *hehe
dimana jalannya  hanya muat untuk sebuah kereta
ya. sekolah kampung,
mak aku mengajar di sekolah sekolah yang jauh.
dan adikku turut diheret sama haha


 

oh ya.sebelah tu parit dan sebelah lagi rumah orang.
tapi kalau dah lama-lama. biasa dah laa
mula-mula 40km/h ja.. sekarang dah 60-70 km/h
alhamdulillah.tiada lagi kejadian terjun parit ka apa. 
harap kekal begitu untuk lagi 8 hari. =)

satu hari hanta adik ke sekolah untuk kem
waktu nak ambil adik nampak seorang budak ni bawa kunci moto umur 9 atau 10 tahun ja. sebab kem itu untuk pelajar darjah 3 dan darjah 4 sahaja. nampak dia menuju ke sebuah moto. masih bertongkat dan dia duduk dan start moto itu. kaki pun tak sampai kot. mula-mula ingatkan dia tolong start sahaja. tapi selepas itu, dia angkat tongkat dan bawa moto tu dengan laju ya ampun. adoii.. terkesima sebentar. 

dear parent. tolong la perhatikan anak-anak. 
tapi mungkin dah biasa kot.







Thursday, October 25, 2012

belajar



esok eiduladha
beraya bersama kakak dan adik-adik
sementara ibu bapa menunaikan haji

maka, kami akan pulang ke kampung seperti kebiasaannya
iaitu pada esok hari.
sebelum ini kami belajar supaya tidak pulang ke kampung dengan tangan kosong dari emak
so, setelah berdiskusi, maka aku dan kakak mencadangkan makanan paling senang untuk dibawa pulang iaitu nasi impit bersama kuah kacang.
ketika entri ini ditaip, nasi impit telah selamat direbus.

okay, itu intro saja.
emak tak pernah cakap bahawa nak balik kampung kena bawa apa-apa.
tapi kami belajar daripada perbuatan emak dan ayah.
kami hanya menjadi pemerhati sebelum ini.
jadi bila masanya tiba. kami fikir kami perlu meneruskan apa yang emak dan ayah buat.
tak rugi pun kan menjamu orang lain.
malah menggembirakan lagi hati mereka di kampung.  =)


si bongsu


alhamdulillah..

dia sudah 10 tahun.
dan kami sebagai kakak dan abang sentiasa menginginkan yang terbaik buat dia.
si bongsu kan

dia amatt manja,
dan yaa..
birthday dia sama dengan emak tercinta..
dan tahun ini, dia menyambutnya sendiri.

untuk mengurangkan rasa sedih dia,
maka kami kakak2 yang baik telah menganjurkan satu birthday party untuknya,,
cukuplah sekadar kawan2nya sahaja yang datang,
dan dia amat gembira.

tapi keesokanya dia demam, batuk, selesema,
antara dua, makan terlalu banyak ais krim atau merindui ibunya. 
tapi aku agak kedua-duanya.. 

tanggungjawabku berat,
tiba2 terjaga dari tidur, tengok dia samaada dia ok atauppun tidak.
dan tidurku terus tidak nyenyak.
*baru adik, kalau anak camna?*haha

untuk dia
semoga dia terus berjaya dalam hidup dan menjadi anak yang soleh untuk agama, bangsa dan negara..
amin....


Tuesday, October 16, 2012

birthday


alhamdulillah

hari ini birthday mak dan my youngest brother didi.
and yes, mymum delivered him on her birthday. best kan? =)
dan didi telah mendapat panggilan dari mak*saling duk wish birthday pulak*
mum superpower women. dah turn 50++ tapi kalau berjalan lajunyaaa
sangat sedap masak. kaunselor yang awesome, kawan yang baik. 
oh. my bestfren pun panggil mymum mak pah. *sebab selalu sangat makan nasi tomato time sekolah dulu*

mum dapat banyak hadiah-hadiah yang awesome dalam hidup pada ulang tahun kelahiran
pernah dapat kereta, anak dan tahun ini dapat sambut birthday kat Mekah. 
*oh, my future husband, i want this feeling too ;-p

semoga Allah terus memberkati Mak, dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia. 

untuk didi. semoga dapat menjadi anak yang soleh. 


Monday, October 15, 2012

housewife


im single and not married yet  :-)

tapi sekarang ini kena menguruskan tiga orang adik.(f5,f4 & darjah4)
tiada masalah sangat untuk yang dah besar. tapi yang kecil itu.... biasalah... :-)

oh, aku kena  menguruskan mereka (sepenuhnya) selama 46 hari
*musim haji kan sekarang  :-)

bangun pagi kena awal. tiada lagi terlewat bangun kalau tak seisi rumah terlepas subuh dan tidak ke sekolah. 
masak sarapan* nasib baik kakak ada membantu
lunch dan dinner aku kena masak
kemas rumah, baju, sidai baju, ambil dan hanta adik-adik

aku x merungut. 
aku cuba selami rutin seorang housewife.
dear husband, kadang2 tu tolong la sama wife anda. 

*motif entri: sangat respect seorang housewife.
 tapi wanita yang bekerja juga lagi2 respect. 2 in 1 job kot. :-)

Monday, October 8, 2012

situasi 2


ahad. 7 okt. hanta makanan dekat adik d penang
dan setibanya di rumah, ada tetamu.

me: assalamualaikum(*ya, dengan kuat)

seisi rumah: waalaikumsalam.

mak: haa. kenal tak sapa ni?

me: ermm.. jap nak pikiaq.

tetamu: tak kenal saja laa..

.
.
.
.

me: haaa ustazah mahani kan?? hehehe

selepas itu bersalaman lah.

setelah sepuluh tahun. itu kali pertama aku berjumpa.

situasi 1



ngah: aik, ayah g mana tadi? ingat g market(pasar) 

ayah: ayah sembang dengan pakcik bakar tadi. nak beli apa kat market?

ngah: ntah. mak suh beli ikan isi ja, suh masak asam. beli tu je laa

ayah: habeh tu ngah nak makan apa? ngah bukan makan ikan isi kan?

..........
.........
terkedu kejap. ayah yang x masak itu pun tahu apa yang anak dia suka..
........
........

ngah: xpa la ayah. ayam ada lagi. 



**setelah di paraphrasekan

ayah dah start cuti sekarang. 


Wednesday, September 26, 2012

new books


hari ini sangatlah seronok. =)))

ada pesta buku di kawasan rumah.
sebelum menjejakkan kaki. hanya ada satu buku yang ingin dibeli dan dimiliki. *ulang HANYA SATU =) 

dah set otak dan minda.
tiba di sana. mata rambang macam nak beli kasut je. ;p

janji dengan mak satu je. tapi terbeli tiga ok. TIGA!!!haha
oh. tiga-tiga buku ada diskaun 15%. =)

dan dengan bersemangatnya. aku scan cover dan upload here. 
berazam untuk menghabiskan ketiga-tiganya minggu ni =)

ini. hasil usaha gigih men'scan':

ini buku yang paling nak, sebab baca review, ramai sangat cakap buku ini awesome. so, dah grab satu. 



ini, sebab ternampak, dah nampak kena belilah =)

 

dan ini, sebab tengok sorang lelaki ini, jalan-jalan dan terus grab buku ni. means mesti dia dah review buku ini. pastu belek2 macam menarik, dan ayah pun cakap macam menarik buku ni.oh ya. buku ni dah cetakan kelima. dan kelima-limanya adalah tahun 2012. mesti best. 

tq to that boy =)
ada lagi satu buku yang nak. tapi dah habeh. dan dia suruh come back later. =))



akan di'review'kan buku-buku ini apabila dah habes dibaca dan kalau rajin menaip. 

mari membaca.=)) 


**ada lagi dua buah buku dalam wishlist nii.. 



past & future



tiga tahun yang dah berlalu, tidak akan sama dengan tiga tahun yang mendatang


dan ya, tiga tahun dulu, aku baru menjejakkan kaki sebagai pelajar universiti.
dan kini. sudah ke akhirnya.
dan tiga tahun yang akan datang. aku tak kata aku bukan pelajar lagi. mungkin aku akan sambung dan mungkin juga tidak. bukan aku tidak mahu menyambung, tapi naluri hati mengatakan tidak untuk masa sekarang.

hari ini ulang tahun kelahiran my only best and supportive kakak yang ke 24. happy to you la Long. bila mau kawen? cant wait to make cute doorgift to you.haha. masih memikirkan hadiah buat dia. mysis tak pernah fail untuk bagi hadiah setiap kali hari lahirku. =)



tiga tahun lalu aku umur 19 tahun baru. proses peralihan dari teen ke ty. haha
banyak aku belajar.tentang hidup juga. dan aku akan terus belajar.

aku berharap,hari-hari mendatang akan memberikan lebih keberkatan dan kejayaan.

ameen.



Friday, September 14, 2012

kurma ayam vs nugget goreng



dari semalam teringin nak makan kurma telur.

maka aku panjangkan ideaku kepada mak.(walhal aku gak yang masak =))

tapi memandangkan petang kelmarin dah buat burger bersama telur, maka telur terpaksa dipinggirkan. =|

kurma ayam menjadi pengganti. =)))

disebabkan hari ni jumaat. maka parent dan adik2 akan balik awal for lunch

agak serabut memasak today. sebab gatai p tengok mhi sampai terlelap. =(

tapi by 12pm. kurma ayam sudah sempurna dimasak =))))

muncul la si youngest ni..

 

dia balik dan nampak ayam masak kurma. then terus dia suruh gorengkan nugget untuk dia..*penat laa masak

suruh la dia keluarkan nugget dan panaskan kuali. tapii.. dia p rasa dulu kurma tuh. then 

' ngah, tak payah goreng la nugget tu'

and cerita ini berakhir dengan 3 pinggan nasi..

dia sangat la memilih untuk makan. dan akan makan banyak bila sedap sahaja..



conclusion: aku masak sedap hari ini. haha



Tuesday, August 21, 2012

R.A.Y.A

alhamdulillah
berjaya menjalani ibadah puasa ramadan 2012
*berapa hari tinggal. itu rahsia=)

raya 2012 sudah memasuki hari ketiga
alhamdulillah, 
sekali lagi dapat meraikan hari lebaran bersama ahli keluarga tercinta










itu sahaja.

Sunday, July 22, 2012

ENTRI KHAS: HANDBALL

salam sayang buat semua pencinta handball sekalian alam.


  

kalau diikutkan. ini merupakan tahun ke 9 aku hidup dalam dunia handball.
hanya bermula ketika waktu sekolah, aku merupakan pemain bola jaring sahaja. then, cikgu zamri (currently cikgu kat sbpi batu rakit) ajak main bola baling untuk sekolah. then aku main, for the first time aku main, dan kami berjaya menjadi johan daerah. haha. its funny at first. terus jatuh cinta pada bola baling. and then dapat represent Penang for the first time. mungkin time tu penang xda player kot. haha. terus main dan mengenepikan bola jaring. mungkin aku pendek jadi ada sedikit kekurangan di situ sedikit. haha. but im proud to who am i today. life kat matrik menyaksikan tiada bola baling dipertandingkan. *kecewa*. oh. turut menyaksikan beratku bertambah dgn mendadak since lepas spm sampai habeh matrik. 

kehidupan di universiti. menyaksikan aku dapat join handball disebabkan masa orientasi ditanya oleh senior/fasi man puteh namanya sapa nak main handball. dengan muka tak malunya aku cakap nak join. haha. tapi untuk ko-k, aku join tenis. 
ini first masum ku@tahun 1st di UMT
time diragging mr K

malam bertolak ke USIM

kedai fav mr K?

time ni dia masih sombong.=)

tak tau dah nak buh apa

malam mr K berkaraoke

with mr K

before or after game ntah

qualified to quarter time ni

closing ceremony. terjumpa black before perform

itu cerita 2010. cerita 2011 pula menyaksikan aku terpaksa tidak bermain masum kerana tuntutan akademik berlatihan industri. bukan tidak mahu meminta cuti. tapi kerana projek yang perlu dilaksanakan sepanjang berpraktikal.=(  sepanjang 2011. hanya sempat attend open perlis. 3 hari sebelum start praktikal.
patah kaki. turut menjejaskan persiapan masum. hehe

baju free paling tak lawa=)

 

agak sedih. sebab tahun 2011, menyaksikan ramai player tidak dapat beraksi. own si jumper kepatahan kaki. kak sue kegraduatan. pincang sedikit team. 

tahun 2012, merupakan tahun akhir bagi kebanyakan player seperti kak sue.kak noorlee, aku sendiri, izzah. tahun menyaksikan pertukaran coach. pertukaran penasihat. tapi. mungkin kita dah usaha. tapi mungkin usaha kita masih belum cukup. mungkin ada kesilapan diantara kita yang tersilap pandang.tapi yang pasti. seperti yang dikatakan shasha @best keeper. anugerah farewell masum paling best jatuh pada masum 2012. 
aku tak tahu mengapa dan bagaimana. 2012 merupakan tahun paling sedih untuk aku meninggalkan team tersayang. mungkin sebab selepas ini aku sudah tidak boleh bermain lagi.tak pernah lagi rasanya aku mampu bergenang air mata sepanjang JB---> BWORTH. sepanjang perjalanan bersms dgn kapten@kakak kesayangan(hahahhaha.kantoi sudah.). aku tak tahu mengapa, amat mudah empangan ini pecah tatkala ingin berpisah dengan mereka. they are such a good team player. cuma mungkin. nasib tidak menyebelahi UMT dan masa yang mendatang diharap mampu mematangkan kita semua. kita perlu belajar terima hakikat dan belajar daripada kesilapan lampau.

briefing sebelum berangkat

penuh dengan semangat kesukanan


 


warm up b4 vs uitm




internet sangat mencemburui aku untuk mengupdate entri. after all.i love this team so much. sangat susah nak let go perasaan ini. apapun. kita hanya mampu merancang. tapi sesungguhnya rancangan Allah itu lebih baik. sungguh aku merancang untuk membuat come back. tapi kita xtahu apa yang mungkin akan berlaku esok dan esok. cuma kita mampu berdoa agar apa pun yang terjadi adalah yang terbaik buat kita semua.

lastly. saya sayang kalian. dan masa bersama kalian amat saya hargai. 

bukan mudah untuk aku menyimpulkan cerita selama tiga tahun ini. 

salam sayang dan rindu buat semua handballers.


*entri ini juga buat tatapan anak cucu gua nanti*haha






Sunday, July 1, 2012

E.N.D.

assalamualaikum.
secara rasminya.
degree dah habis.
rakan-rakan ada yang telah pulang dan bakal pulang.
tiga tahun sangat singkat (padahal pada mulanya rasa lama=))
macam-macam telah belajar sepanjang tiga tahun di bumi penyu ini
tiga tahun telah mendewasakan aku.
kenal bermacam pe'el (*perangai) manusia
yang mana selfish,yang mana badan besar otak kecik
sangat bermacam ragam manusia rupanya
kalau dulu dari zaman sekolah hingga ke matrik
golongan umur yang menjadi kawan +- 1 tahun je.
kehidupan di U sangat mengajar untuk menjadi
-seorang yang dewasa otak
-seorang yang berdikari
-seorang yang perlu membuat keputusan yang bijak
-seorang yang bijak
membesar dan belajar 




betul kata orang, masa berubah, orang pun turut berubah.
sepanjang tiga tahun ini bermacam perubahan yang berlaku disekeliling
(kepada yang baik ada, kepada yg tidak baik pun ada) 
dan aku tak kata diri aku macam mana.
mungkin aku rasa aku macam ni. tapi orang nampak macam ni.
kenal dulu only then talk.


kalau bercerita tentang kehidupan di universiti.
bukan sahaja ragam student yang kita kenal
ragam lecturer juga.
ada yang tidak boleh melawan
ada yang jenis bagi assignment belambak2 tapi haram nak cek.
ada yang sangat happening
somehow aku rasa lecturer fizik komp aku sangat awesome.
rugi bagi aku sebab kenal dia satu semester aja (dia baru balik belajar)
dan dia sangat positif person (thumbs up Dr)
betapa aku mengharapkan dapat kenal dia dari first year
sangat suka style you la Dr.=))))
(*she wont read kan? hehe)


bercerita tentang PITA aka FYP
oh ya. 40% aku dipegang oleh lecturer non-malaysia
40% okeh??
dan sepanjang 3 tahun kat sini aku tidak pernah dengar something good about him pun
sila bayangkan 40% aku nak dapat berapa.
30% thesis, 10% technical report
supervisor ok. good. sangat banyak membantu.




seseorang pernah berkata:
'apa yang kau jumpa sepanjang kehidupan di U ini sangatlah sikit berbanding dunia luar'


dan aku bakal menghadapi dunia luar ini kurang dari sebulan.
sebelum aku betul-betul melangkah ke dunia luar
masih berbaki dua tanggungjawab di atas bahu comelku =)
- masum- handball
yeah kali ini UMT bergroup dgn UITM dan UKM
dan every year pun mesti group dengan UITM
-NRIC
tak tahu nak cakap la. 
dari 12-19 julai ini akulah manusia paling sibuk. haha
dari timur akan menjelajah selatan selepas itu utara pula.
yes. within this 7 days.


may Allah bless.


salam sayang..








**update: PITA aku dapt A. alhamdulillah=)